Friday, June 3, 2011

kErJa KuRsUs GeO

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

"INI ADALAH PANDUAN DAPATAN KAJIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011, GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH HANYA SEBAGAI CONTOH SAHAJA..JIKA ANDA MAHU MENYERTAKAN GAMBAR SILA AMBIL GAMBAR DI KAWASAN KAJIAN ANDA.
(GAMBAR BOLEH DILETAKKAN DI DAPATAN KAJIAN DAN BOLEH JUGA DILETAKKAN DI LAMPIRAN- IKUT KESESUAIAN )"

Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .


Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

* Sila buat kesimpulan anda sendiri..

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar


a. Pencemaran Udara



Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .



b . Pencemaran Air



Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .



c . Pencemaran Tanah


Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.


d. Pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

* Anda pilih dua sahaja jenis-jenis pencemaran...sila nyatakan dikawasan mana yang tercemar dalam kawasan kajian anda..

Punca-punca pencemaran alam sekitar


a) Perkilangan.


Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.


Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.


Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.


Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..


b) Kenderaan



Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.



c) Pembakaran terbuka



Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.



d) Sampah sarap


Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.


e) Pembinaan



Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.



f) Perniagaan



Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.



g) Petempatan.



Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.



h) Perlombongan


Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

*Hanya pilih empat punca sahaja dan huraikan. Huraian mestilah berkaitan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan kajian anda.
Buat nilai atau unsur patriotisme, selepas memilih 4 punca di atas..
Contohnya, Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni..

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.


a) Hujan asid



Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.



b) Jerebu



Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.



c) Suhu meningkat



Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.



d) Air tercemar



Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut



e) Bau busuk



Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.


pilih 5 kesan sahaja dan huraikan... jangan lupa tuliskan nilai juga..

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar


1. Menghijaukan kawasan


Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.


2. Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.


3. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.


4. Kempen


Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.


5. Catalytic converter


Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Ambil 4 cadangan sahaja dan huraikan...nilai juga perlu di sini untuk mendapatkan markah penuh..

Rumusan


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.



Wasallam

KeRjA kUrSuS sEjArAh..>...

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

TAJUK KAJIAN

Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor.

SENARAI KANDUNGAN

-Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib,

PENGHARGAAN
< font=""><>
Bersyukur ke hadrat illahi denga limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga mentiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada __________, pengetua sekolah menengah___________ dan puan atau tuan____________ selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3________ yang banyak member bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah_____________, ibu__________ ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan perjuangan yang lain iaitu _________, __________, _________, dan _________ kerana banyak memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. “ Objektif kajian adalah seperti berikut:-

1.
Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih.

2.
Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat majlis bandaraya Johor Bahru untuk membangunkan bandaraya Johor Bahru.

3.
Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.

4.
Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

1. Melayari internet.

Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

2.
2.   Keratan akhbar.

Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam beberapa buah akbar.

3.
3. Membuat temubual

Saya juga telah mencari maklumat dengan pergi sendiri ke pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru, mengambil gambar dan menemubual salah seorang pegawainya yang bertugas di sana.
HASIL KAJIAN
1. Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama Rasmi bagi MPJB ialah Majlis Perbandaran Johor Bahru
Lokasi sila klik SINI
Matlamat sila klik SINI
Sila Klik Sini untuk mendapatkan carta organisasi MPJB
2. Latar belakang
LATAR BELAKANG MBJB
Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Pejabat Majlis Bandaran Pejabat Majlis Perbandaran
B
bangunan MBJB
untuk maklumat lanjut sila klik SINI
3 Peranan
- Ekonomi
- Pendidikan
- Keagamaan
- Kemasyarakatan
- Kebudayaan
- Perayaan
- Pelancongan
- Kebajikan
(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan... saya tak dapat bantu anda di sini ....)

4 Perkembangan
- Sumber kewangan
- Pembangunan prasarana / Fizikal
- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
- Kemajuan yang dicapai
- Pengiktirafan / Penghargaan
- Cabaran yang dihadapi
- Perancangan masa hadapan
- Saranan dan harapan
(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan mengikut institusi tersebut...)

RUMUSAN

Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan sesebuah kawasan dan seterusnya memajukannya.Tanpa pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai hala tuju sesbuah pejabat pentadbiran kerajaan tersebut. dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan lebih mendalam.

sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Johor Bahru dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia amnya. Saya juga berharap Majlis Bandaraya Johor Bahru akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Johor Bahru dan seterusnya memajukan negara.

(ini bukan kajian yang lengkap, sila rujuk guru sejarah anda dan minta pendapat guru sejarah yang lebih berpengalaman)


TUGASAN 2
BAGAIMANAKAH INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN DAPAT MEMPERKUKUH INTEGRASI NASIONAL DI NEGARA KITA?
Institusi pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan sebagainya. Tajuk kajian saya adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional di negara kita. Majlis bandaraya Johor Bahru juga memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan semangat ini melalui pelbagai acara kebudayaan dan keseniaan rakyat yang telah dianjurkannya seperti persembahan kebudayaan yang melibatkan semua kaum, permainan tradisional dan meraikan perayaan-perayaan setiap kaum.Melalui acara tersebut, setiap kaum akan dapat menghargai dan mengamalkan tradisi serta budaya bangsa walaupun berbeza agama .
selain itu, untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional ini juga, MBJB telah mengadakan program-program yang bermotifkan permuafakatan masyarakat. ini secara tidak langsung telah menarik minat ramai masyarakat Johor Bahru tanpa mengenal agama. Antara program yang telah dilaksanakan ialah ceramah, motivasi, aktiviti keagamaan, gotong royong dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memupuk semangat muhibah dan bersatu padu antara masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat dapat berinteraksi dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Apabila tibanya sesuatu perayaan ,MPJB juga telah mengadakan program-program khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Contohnya Perayaan hari raya Aidil fitri, MPJB telah mengadakan rumah terbuka di Danga Bay..Dalam acara sebegini, penduduk yang berbagai kepercayaan akan hadir untuk memeriahkannya. Ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan antara semua masyarakat yang berbilang kaum.
MPJB juga telah menjalankan tugas dan peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan dengan adil dan saksama.Permasalahan yang sering ditangani ialah berkaitan dengan kemudahan awam dan telah dilaporkan . Pihak MPBJ telah berusaha melakukan perkara terbaik untuk memuaskan hati semua masyarakat dan seterusnya menyatupadukan supaya masyarakat dapat hirup bersatu padu.

Monday, December 13, 2010

KeMaLaNgAn KeReTa pOlIs

setakat ni pakcik tak pernah dengar lagi kereta polis kemalangan......
kalau tak percaya tengoklah sendiri....



GaMbAr2 PeLiK..



Kalau anda dah bosan dengar lecturer kat depan kelas.
Atau asyik tekan refresh kat facebook.
Mari kita keluarkan pensel, kertas, gunting dan gunakan kreativiti kita yg terpendam tu;
macam nih


GaMbAr2 yAnG mENaRiK


salam..hari ni pakcik nak tunjukkan korang gambar yang agak menarik yang tidak pernah dibuat oleh orang normal..saksikan...

sebelum ni pakcik ingatkan orang yang membuat ayam kfc.rupanya orang berbadan ayam..